pYzam Page Pets
FreeFlashToys Page Pets


For more widgets please visit www.yourminis.com

Rabu, 30 September 2009

who needs a baby sitter?





















Cerita Syaitan Khanaz dengan Manusia‏

Asalamualaikum... Semalam dengar Ceramah Dato Ustazah Masitah ....Kisah Syaitan bernama Khanaz pernah dengar tak? Cerita nya macam nie..

Masa mula-mula Nabi Adam dan Hawa di Bumi. Syaitan yang tak pernah mengenal putus asa untuk menghancur kan anak cucu Adam ,
dok pikir2 cana nak kacau anak Adam dari patuh dengan suruhan Allah.
Suatu hari c Ibu Syaitan nie.tengah dok pikir 'Macammana aku nak kena kan anak cucu Adam '
....dan tiba2 dia nampak anak dia yang bernama Khanaz. Lalu di panggilnya
'Khanaz....mari sini ikut mak...'. Lalu di pun pergi menuju ke rumah Adam dan Hawa.
Yang pada ketika itu Nabi Adam baru saja meninggal kan rumah untuk pergi kerja mencari nafkah.

Dan tinggal lah Hawa keseorangan di rumah,
tiba2, pintu rumah di ketuk, lalu dibuka oleh Hawa dan bertanya
'Siapa kamu..'
Ibu Syaitan menjawab 'Tolong jaga kan anak saya...nanti saya akan datang untuk ambil dia balik' Hawa yang tidak mengetahui apa memberi pertolongan.

Apabila Adam pulang, Adam terperanjat dan bertanyakan Hawa 'Anak siapa nie..?',
Lalu Hawa menjawab 'Tak tahu lah..tadi ada seorang wanita menyuruh kita menjaga anak ini.' Adam berpikir dan ' Ini mesti anak Syaitan, yang mahu menganggu anak cucu kita...' ..
'Apa harus kita lakukan sekarang..?' tanya Hawa pada Adam .
Setelah lama pikir-pikir. .. 'Kita potong-potong daging nya sehingga kecil dan gantung kan isi2 daging nya di pokok luar rumah kita...
Nanti bila Ibu nya datang biar dia nampak dan tahu anak nya sudah tak de...'Idea Adam .

Keesokkan pagi harinya Ibu syaitan itu pun datang lagi ketika Adam sudah keluar pergi kerja, 'Mana anak aku....'Tanya Ibu syaitan pada Hawa,
Hawa pun menjawab dan secara tidak sengaja menerang kan apa yang telah meraka lakukan terhadap anak syaitan
'Anak kamu.....,,. ..Semalam Adam pulang ke rumah ,
lalu ia mengatahui yang anak itu anak syaitan ...
lalu sudah kami kerat2 anak kamu dan kami gantung kan daging nya di atas pokok luar sana...'terang Hawa.
'Oh...iye ker?...'jawab Ibu Syaitan dengan nada yang tidak risau.
Kemudian Ibu Syaitan meneriak memanggil anak nya'Khanazzzzz. ...!!!'
Tiba2 daging2 khanaz yang telah dikerat bergantungan di atas pokok itu pun bercantum kembali dan menjadi hidup dan menjadi Khanaz kembali....
dan Ibu Syaitan masih tidak berputus asa dan masih meminta Hawa menjagakan Khanaz dan ia berpesan akan kembali lagi esok hari nya,

Apabila Adam pulang dan terlihat lah ia akan anak Syaitan yang bernama Khanaz itu lagi
dan bertanya kan pada Hawa kenapa anak Syaitan itu masih berada di rumah meraka.
Hawa menerang apa yang berlaku.
'Kita tak boleh biar kan usaha Syaitan untuk menganggu hidup anak cucu kita..'
kata Adam . 'Apa harus kita laku kan lagi..'tanya Hawa.
'Begini..kita bakar anak Syaitan ini dan ..
abu nya kita buangkan ke Laut,
biar abu nya di bawa arus laut dan Ibu nya tidak akan dapat mendapatkan anak nya ini lagi...' terang Adam .

Keesokan pagi nya datang lah lagi Ibu Syaitan ini bertanya kan Khanaz ketika Adam sudah keluar bekerja.
'Mana anak aku?' tanya Ibu Syaitan. '
Anak kamu sudah kamu bakar dan abunya kami buang ke Laut!' jawab Hawa..
'Oh Iye ker? Kata Ibu Syaitan lalu meneriak mamanggil 'Khanaz!!!'. ..
kemudian bercantum lah kembali daging Khanaz dari abu, dan menjadi Khanaz kembali.
kemudian di serahkan kan kembali pada Hawa untuk menjaga Khanaz.

Apabila Adam pulang, mendapati anak Syaitan itu masih berada di rumah nya
'Ini tak boleh jadi,
kita tak boleh biar kan mereka ganggu anak cucu kita'kata Adam .
'Apa harus kita laku kan ?' tanya Hawa.
'Begini saja lah...kita belah dua anak dia nie ...
kamu telan sebelah, aku telan sebelah. Habis cerita!' Cadang Adam .

Keesokan pagi, datanglah lagi c Ibu Syaitan bertanyakan anak nya
ketika Adam sudah keluar bekerja.
'Mana anak aku' tanya Ibu Syaitan.
'Anak kamu ...., kali ini kamu tak dapat balik anak kamu..'jawab Hawa.
'Kenapa..?'tanya Ibu Syaitan.
'Anak kamu telah kami telan....!' Jawab Hawa dengan penuh yakin.
'Iye ke...? Lalu Ibu Syaitan memanggil anak nya
˝Khanaz !!! Iye Mak....jawab Khanaz dari dalam badan Hawa..
Bagus anak ku..kamu duduk sana , jangan keluar2 .. Arah Ibu Syaitan pada Khanaz.

Itu lah cerita dia kawan2...duduk lah Khanaz dalam tubuh badan manusia sehingga hari ini dan hinggá hari kiamat.Syaitan Khanaz nie tugas dia -
Bila kita makan ia pun makan,
kita minum ia pun minum.
Apa jer aktiviti kita buat dia kan menyertai
JIKA KITA TAK BACA BISMILLAH.
- Bila kita solat dia akan berusaha supaya kita was-was, tulah mana yang tengah solat tu tiba2 tak ingat berapa rakaat dah kita solat.
- Buat kerja kita keliru dan ingat2 lupa 'Eh dah buat ke Belum yer..
' ubatnya banyak kan dengan BERISTAGAFAR. ..
- Khanaz akan belari / bermain dalam darah kita...
Ubatnya. ..banyakkan Zikir...

Sahabat Rasulullah pernah bertanya bagaimana hendak mengelak dari Khanaz ini.
Pesan Rasulullah, setiap apa yang hendak kita laku kan mula kan lah dengan baca BISMILLAH dan Doa.
sekurang2nya BISMILLAH. Khanaz akan berasa kelaparan bila kita berpuasa dan akan menjadi bertambah kurus bila kita makan mulakan dengan baca Bismillah.
Dan mana yang suami Isteri tu sebelum BERSAMA.
Baca lah doa2. nanti Khanaz dan the geng akan ikut serta.
Tengok bagaimana Syaitan yang tak pernah putus asa untuk memperdaya anak cucu Adam ..

Surah An Nas jua mencerita kan hal Syaitan bernama Khanaz yang sentiasa buat kita was-was. Walllahualam. ... Apa-apa pun mulakan setiap kerja aktiviti dengan nama Allah
BISMILLAH.

De-Stress‏





























Isnin, 28 September 2009

Perkongsian Ikhlas

Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca!
Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!!!

PERTAMA.
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KEDUA.
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.

KETIGA.
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu

KEEMPAT ..
Apabila kamu berkata, ' Aku Cinta Padamu', maka tunaikanlah.

KELIMA.
Pabila mengatakan, 'Maaf', tenunglah matanya.

KEENAM.
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.

KETUJUH...
Percayailah cinta pandang pertama.

KELAPAN.
Usah tertawakan impian orang lain.. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.

KESEMBILAN.
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

KESEPULUH.
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

KESEBELAS.
Menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.

KEDUABELAS.
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

KETIGABELAS.
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,'Kenapa anda ingin tahu?'

KEEMPATBELAS.
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

KELIMABELAS.
Ucaplah 'Semoga anda diberkati' apabila mendengar seseorang bersin.

KEENAMBELAS.
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.

KETUJUHBELAS.
Berpeganglah kepada tiga R:
1. Rasa hormat pada diri sendiri;
2. Rasa hormat kepada orang lain;
3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda.

KELAPANBELAS.
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.

KESEMBILANBELAS.
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.

KEDUAPULUH.
Tersenyumlah ketika menjawab telefon.. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.

HISTORIC MECCA‏





























After effects of swine flu

BAHAYA After effects of swine flu ( H1N1 )






tak tau stakat mana kebenaran nya neh.. comel lote kan?

Step mother..

Kerana Sehelai Bulu Mata

Kerana Sehelai Bulu Mata

Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang
diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia
utk berbuat maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah, "Tidak demi
langit dan bumi,sungguh tidak benar. saya x pernah malakukan perkara
itu..."

"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul2 telah menjerumuskan
dirimu sendiri ke dalam dosa "

Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru
ruang yg ada. Kemudian dia pun menyanggah, "mana saksi2 yg engkau
maksudkan? disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja."

Jawab malaikat, "INilah saksi-saksimu....."

Tiba2 mata berbicara, "Saya yg memandang,"

disusuli dengan telinga, "Saya yg mendengar perkara itu"

Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yg mencium"

Bibir pun mengaku dengan slumbernye, "Saya yg merayu"

Lidah menambah dengan beran i, "Saya yang menjilat dan menghisap"

Tangan tanpa malu meneruskan, "Saya yang meraba dan meramas"

Kaki pula menyusul, "Saya yg berjalan dan berlari semasa itu"

"Nah kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian
tentang perbuatan aibmu," ujar malaikat. Orang tersebut x dapat
membuka sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana
sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahannam.. Padahal ia
amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi.
Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara
yg amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi, " Saya pun ingin
mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini." Malaikat
menjawab dengan tenang, "Silakan wahai bulu mata"

"Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening,
aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan
segala perbuatan keji yang telah dilakukan. Bukankah rasulnya telah
berjanji, apabila ada seora ng hamba yang ingin bertaubat, walaupun
sehelai bulu mata sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu
diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? MAka, saya sehelai bulu
mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai
membasahi saya dengan air mata penyesalan."

Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka
dan segera dihantar ke syurga:

"Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata.."

PENGAJARAN YANG BOLEH DI AMBIL............
WALAU SEBESAR MANA PUN KESILAPAN YANG DILAKUKAN APABILA ADA KESEDARAN
DAN KEINSAFAN BERTAUBAT LAH DENGAN SEPENUH HATI MAKA ALLAH AKAN
MEMBERI KEAMPUNAN PADA ORANG YANG BERTAUBAT

5 perkara penting dlm hidup..

5 perkara penting dlm hidup.....


خمسة أشياء كلنا نريدها و نحاول الحصول عليها
lima perkara semua kita mahukannya dan kita berusaha utk mendapatkannya

1-وجه جميل
1:wajah yang cantik

2- فلوس بالملاين
2:duit yang banyak

3- صحة قوية
3:kesihatan yang baik

4- اولاد شاطرين وفالحين مثلنا
4:anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita

5- نوم عميق من دون مهدئات و أدوية
5:tidur yang nyenyak tanpa gangguan

سهلة جدا و بوصفة سحرية و سهلة تستغرق 15 دقيقة يومياً ! كيف؟؟؟؟؟
senang jer untuk mendapatkannya, hanya 50 minit setiap hari.

قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم :
sabda nabi saw,

من ترك صلاة الصبح فليس في وجهه نور و من ترك صلاة الظهر فليس في رزقه

siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan siapa

yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezeki yang berkat


بركة و من ترك صلاة العصر فليس في جسمه قوة و من ترك صلاة المغرب فليس في
dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan
badan,dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg
berman
afaat


أولاده ثمرة و من ترك صلاة العشاء فليس في نومه راحة

dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang
nyenyak

بلغ عن الرسول (صلى الله عليه وآله وسلم ) ولو آية
sampaikanlah daripada nabi saw itu walaupun satu ayat

Single Sheet of Paper