pYzam Page Pets
FreeFlashToys Page Pets


For more widgets please visit www.yourminis.com

Isnin, 28 September 2009

Kerana Sehelai Bulu Mata

Kerana Sehelai Bulu Mata

Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang
diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia
utk berbuat maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah, "Tidak demi
langit dan bumi,sungguh tidak benar. saya x pernah malakukan perkara
itu..."

"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul2 telah menjerumuskan
dirimu sendiri ke dalam dosa "

Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru
ruang yg ada. Kemudian dia pun menyanggah, "mana saksi2 yg engkau
maksudkan? disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja."

Jawab malaikat, "INilah saksi-saksimu....."

Tiba2 mata berbicara, "Saya yg memandang,"

disusuli dengan telinga, "Saya yg mendengar perkara itu"

Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yg mencium"

Bibir pun mengaku dengan slumbernye, "Saya yg merayu"

Lidah menambah dengan beran i, "Saya yang menjilat dan menghisap"

Tangan tanpa malu meneruskan, "Saya yang meraba dan meramas"

Kaki pula menyusul, "Saya yg berjalan dan berlari semasa itu"

"Nah kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian
tentang perbuatan aibmu," ujar malaikat. Orang tersebut x dapat
membuka sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana
sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahannam.. Padahal ia
amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi.
Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara
yg amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi, " Saya pun ingin
mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini." Malaikat
menjawab dengan tenang, "Silakan wahai bulu mata"

"Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening,
aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan
segala perbuatan keji yang telah dilakukan. Bukankah rasulnya telah
berjanji, apabila ada seora ng hamba yang ingin bertaubat, walaupun
sehelai bulu mata sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu
diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? MAka, saya sehelai bulu
mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai
membasahi saya dengan air mata penyesalan."

Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka
dan segera dihantar ke syurga:

"Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata.."

PENGAJARAN YANG BOLEH DI AMBIL............
WALAU SEBESAR MANA PUN KESILAPAN YANG DILAKUKAN APABILA ADA KESEDARAN
DAN KEINSAFAN BERTAUBAT LAH DENGAN SEPENUH HATI MAKA ALLAH AKAN
MEMBERI KEAMPUNAN PADA ORANG YANG BERTAUBAT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan